Saturday, 12 December 2015

PERLU KE ADA INSURANS/ TAKAFUL YANG LAIN KALAU COMPANY DAH COVER?


Haa.. Saya cukup suka kalau orang tanya saya soalan tu sebab saya ada banyak jawapan dan sebab-sebab kenapa anda-anda yang di luar sana perlukan Personal Insurans / Takaful  walaupun company dah cover. Biasanya saya akan tanya balik soalan lebih kurang macam ni.
1) Encik tau tak pelan yang disediakan/diambil oleh syarikat encik apa yang dia cover & apa yang tak cover?
TAHUKAH ANDA sememangnya anda WAJIB tau apa coverage yang anda dapat.
KES 1: Pernah terjadi kes: seorang pekerja ni dimasukkan ke hospital swasta dan bilnya mencecah puluhan ribu ringgit. Dia sangkakan company cover sekali dengan medical, rupa-rupanya company dia hanya cover sakit kritikal dan kemalangan sahaja. Kos perubatan tersebut tak cover.
KES 2 : Kos bil hospital RM30,000. Tapi bila disemak semula dengan company, mereka hanya cover limit sehingga RM15,000 SAHAJA, jadi baki RM15,000 lagi terpaksa dijelaskan sendiri . Hurm…..
2) Itu kalau encik masih bekerja dengan syarikat sekarang, macam mana kalau encik tukar tempat kerja dan tempat kerja baru tu tak cover medical insurans/takaful?
TAHUKAH ANDA tak semua syarikat di luar sana yang sediakan kemudahan perlindungan insurans/takaful. Setiap syarikat berhak nak tetapkan nak bagi kemudahan insurans/takaful perubatan atau tidak. Ada yang tiada limit, ada yang limit tinggi dan ada juga yang limit rendah.
3) Katakan lah encik kerja sampai pencen, adakah selepas pencen dan tak berkhidmat lagi pada syarikat, mereka akan tanggung lagi medical insurans/takaful?
TAHUKAH ANDA  tiada lagi kemudahan insurans/takaful yang disediakan bagi mereka yang dah bersara. Dah pencen baru nak ambil insurans/takaful? Saya jamin 500% time tu caruman tuan puan akan jadi mahal dan berlipat kali ganda mahal dari nilai jika anda ambil sekarang. Sebabnya? Faktor usia antara faktor2 utama mempengaruhi caruman bulanan selain faktor kesihatan. Tu pun kalau masih sihat. Kalau ditakdirkan sudah ada penyakit biasanya akan jadi 2 kemungkinan je,
Kemungkinan pertama: Permohonan diterima tapi penyakit sedia ada tidak ditanggung. (Exclusion of existing illness)
Kemungkinan kedua : REJECT TERUS, walaupun anda offer nak bayar RM5000 sebulan.
4) Itu kalau kerja sampai pencen, katakanlah pada usia sebelum pencen, encik diduga masalah kesihatan dan tak mampu lagi nak bekerja seperti lumpuh/hilang keupayaan atau cancer, adakah syarikat akan beri lagi gaji bulan-bulan dan tanggung kos rawatan encik?
TAHUKAH ANDA bila terjadi kes macam ni, company hanya tanggung untuk tempoh beberapa bulan sahaja. Paling lama pun mungkin setahun. Selepas tempoh yang ditetapkan syarikat, biasanya mereka akan memberikan surat penamatan perkhidmatan atas sebab anda tidak lagi mampu memberi sumbangan kepada syarikat. Bila terjadi perkara macam ni biasanya anda akan kehilangan 2 benda.
  • Kehilangan pendapatan bulanan anda kerana tiada lagi sumbangan anda kepada syarikat.
  • Kehilangan kemudahan Insurans/Takaful yang telah ditarik balik oleh syarikat.
JADI,siapa nak tanggung kos-kos susulan di hospital? Siapa nak tanggung kalau ditakdirkan pula dengan kehadiran penyakit lain yang perlukan kos yang tinggi? Kalau ada simpanan, berapa lama simpanan itu mampu bertahan.
 APA FAEDAH KALAU SAYA AMBIL MEDICAL CARD SEKARANG WALAUPUN COMPANY COVER?
  • Kalau dah bersara atau diberhentikan atas faktor kesihatan, faedah anda tetap berjalan seperti biasa seperti manfaat perlindungan perubatan,simpanan dan lain2.  
  • Yang ni paling menarik, katakanlah pada usia 40 tahun, anda didiagnose penyakit kritikal dan tiada keupayaan untuk bekerja, secara automatik caruman anda menjadi FREE. Apa FREE? Iyer FREE dan anda turut diberi wang tunai lumpsum disebabkan sakit kritikal/lumpuh. Segala manfaat sebelum ini tetap berjalan seperti  biasa. Jadi apa yang anda tunggu?
Saya rasa info-info di atas mampu buka mata kita semua dengan lebih luas kenapa kita semua WAJIB ada perlindungan Insurans/Takaful walaupun syarikat yang kita kerja sekarang dah cover.
Ambillah langkah awal sementara kita masih dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam usia yang muda kerana 2 faktor ini mempengaruhi caruman bulanan anda. Insurans/takaful diambil SEBELUM kita jatuh sakit bukan SEMASA/SELEPAS SAKIT.
Jom Takaful!
Hubungi saya jika perlukan maklumat dan penerangan lebih lanjut. Dapatkan FREE QUOTATION dari saya.
Dapatkan PELAN LENGKAP dari PruBsn Takaful
(Pampasan + Perlindungan Perubatan/Medical Card + Savings)
Mohamed Jubilee Bin Bandian
"lebih 10 tahun pengalaman ejen takaful since 2009"
                                                   https://mdjubileeprupartner.wasap.my
0192633982




2 comments:

  1. Boleh tahan pick up line kat insta..
    Tapi, saya dh ada insuran.
    Agak2 boleh ke ada lebih dari satu insuran?
    :p
    ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde masalah lebih dari 1...selain tujuan perlindungan, takaful juga ade utk plan simpanan haji, pendidikan, persaraan dll...

      Delete

PERLU KE ADA INSURANS/ TAKAFUL YANG LAIN KALAU COMPANY DAH COVER?

Haa.. Saya cukup suka kalau orang tanya saya soalan tu sebab saya ada banyak jawapan dan sebab-sebab kenapa anda-anda yang di luar sa...